nak cite nih..kelmarin kawan dok msg suruh tgk matahari. korang tgk tak.. Subhanallah..
terima kasih google =)
fenomena ni dinamakan FENOMENA HALO
Fenomena halo
adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari
atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik sebenar nyer . Ia adalah
fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
Dekat Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal
ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di
lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini
menentukan bentuk halo yang terjadi.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
terima kasih. =)





No comments:
Post a Comment