Saya harap, 1 Muharram 1433H ini, bukan hanya sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita. Tetapi, ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
-klik untuk lebih jelas-
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
-klik utk lebih jelas-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment